Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senator Amerika Syarikat, Bernie Sanders pada hari Sabtu berkata bahawa kenyataan Presiden Trump yang mengatakan bahawa sistem penjagaan kesihatan Australia lebih baik daripada sistem yang diguna pakai di negara A.S adalah tepat.
Sanders yang pernah bertanding untuk merebut kerusi calon parti Demokrat di dalam pilihan raya Presiden A.S pada tahun 2016 turut berkata bahawa Senat negara itu sepatutnya menggunakan sistem yang berasaskan model milik negara Australia dalam rangka melakar sebuah sistem alternatif kepada sistem yang diusulkan oleh Parti Republikan.
Presiden Trump (berkata) benar di sini. Sistem penjagaan kesihatan Australia membekalkan penjagaan kesihatan kepada warganya dengan kos yang sedikit berbanding dengan kos yang kita tanggung," komen Sanders di dalam Twitter.
Komen itu disertai dengan klip video yang menunjukkan beberapa kebaikan berhubung sistem penjagaan kesihatan Australia sambil mengatakan bahawa sistem itu menjamin perkhidmatan yang lebih baik kepada semua warga Australia dengan melibatkan separuh daripada kos yang ditanggung di A.S.
Komen Sanders itu dibuat dua hari selepas Trump memberitahu Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull di New York bahawa; "Kamu mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik daripada kami." -REUTERS
7 Mei 2017 - 13:23
News ID: 828352
Senator Amerika Syarikat, Bernie Sanders pada hari Sabtu berkata bahawa kenyataan Presiden Trump yang mengatakan bahawa sistem penjagaan kesihatan Australia lebih baik daripada sistem yang diguna pakai di negara A.S adalah tepat.